Tuesday, July 24, 2012

SEPETANG BERSAMA PESARA KERAJAAN PARLIMEN GOMBAK

Tanggal 18 Julai yg lalu telah berlangsung satu majlis hi-tea bersama pesara kerajaan parlimen gombak yg di anjurkan oleh Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan Malaysia yg di ketuai oleh penyelaras program Dato'Mohamad Bin Md.Yasin bekas TKSU Kementerian Dalam Negeri dan Tan Sri Aseh Che Mat selaki Presiden Kelab peringkat Kebangsaan. Program ini telah di rasmikan oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob selaku Naib Presiden Kelab. Program ini di buat dengan kerjasama Umno Bahagian Gombak dan di bantu oleh Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur dan selangor yg bekerja di belakang tabir bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan kuat dari Tuan Haji Rahim Bin Kamarudin selaku Ketua Umno Bahagian Gombak yg secara aggresif mencari dan menjemput para-para pesara yg duduk dan mengundi di parlimen gombak khasnya. 

Pihak yg terlibat


Sambutan dari pesara amat lah mengalakkan sekali. Program anjuran Kelab Umno pesara-pesara kanan kerajaan malaysia ini sebenarnya telah di adakan di seluruh malaysia menggunakan penyelaras-penyelaras yg telah di lantik di semua parlimen. ramai di anttara pesara yg telah terputus hubungan dengan rakan taulan mereka semasa bertugas dulu telah berjumpa di program ini yg serba sedikit menwujudkan suasana kekeluargaan di antara peserta dan yg paling menyentuh perasaan apa bila terdapat di antara mereka yg telah tidak berjumpa hampir 20 tahun . rata-rata menncadangkan agar program bagi pesara ini di buat selalu agar hubungan ukuwah di antara mereka.

yang lebih menarik adalah input bagi program ini telah di sampaikan oleh let.Jeneral Datuk Seri Zaini bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yg bertanggung jawab berkenaan insiden al-maunah di Gerik sedikit masa dahulu. beliau menceriatakan pengalaman dan kebimbangan akan penularan doktrin luar yg cuba memecah belahkan orang melayu demi kuasa di malaysia. Dr Hasan Mat yg di jemput sebagai panel juga adalah di antara mereka yg begitu kuat berjuang demi kepentingan melayu di bawah Majlis Perundingan Melayu yg di anggotai oleh banyak NGO-NGO melayu.


Penerangan dan maklumat serta seba sedikit bahan yg di bekalkan oleh pihak JASA serta Biro Penerangan Umno Malaysia dapat memberikan maklumat yg tepat kepada para pesara-pesara yg rata-rata jarang menggunakan internet sebagai medium mendapatkan maklumat. mereka juga berpendapat majlis ini juga telah berjaya menjawab beberapa persoalan yg terdapat di fikiran mereka serta serangan yg di buat oleh pihak pembangkang melalui wakil-wakil (troopers) mereka yg banyak terdapat di dalam masyarakat hari ini. cerita-cerita kedai kopi serta cerita-cerita di anjung surau sedikit sebanyak telah masuk kedalam fikiran mereka ini.

Tahniah di ucapkan kepada KELAB UMNO PESARA-PESARA KANAN KERAJAAN MALAYSIA DAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK yg berjaya menganjurkan satu program yg begitu bermanafaat kepada penduduk parlimen gombak serta sebagai satu tanda aras bahawa rakyat masih lagi bersama Kerajaan.


Seluruh Jentera Program 
 
p.s.  Ramai yg mintak di buat majlis berbuka puasa... siapa boleh sponsor??