Thursday, May 17, 2012

DATUK ZAHID DI UMNO BAH.GOMBAK

Tanggal 15 Hb May yg lalu , mencatatkan sejarah di Umno Bahagian Gombak dengan kedatangan YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden Umno Malaysia dan di iringi oleh YB Datuk Bung Mokhtar selaku Bapak Angkat kepada Umno Bahagian Gombak. Semua Pemimpin Bahgaian an sayap-sayap jugak hadir di  ajlis bersejarah itu.

Berbagai pemimpin selalu Datang ke Umno Bahagian Gombak cuma yg istimewa dengan kedatangan YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah ucapan beliau yg tepat pada masa nya yg terangan menegur semua pimpinan Umno Bahagian Gombak. pergeseran di kalangan pemimpin di Umno Bahagian Gombak sememangnya telah lama di ketahui oleh penduduk di Gombak. Isu sensitif ini amat jarang di buka oleh sesiapa di gombak kerana kuahtir akan mengeruhkan suasana. maka semua ahli hanya bersikap mendiamkan diri dan terus menyokong pimpinan yg mereka pilih. 

Semua ini bermula di masa pemilihan di peringkat bahagian beberapa tahun dahulu. masih ramai penyokong yg berada di dalam TEAM masing-masing masih mempunyai sentimen memenangkan pemimpin yg bereka dokong sedangkan pemilhan Umno Bahagian telah lama berlalu dan sepatutnya semua Ahli kembali bertaut semula di dalam satu barisan. Atas kegagalan untuk bersatu dalam barisan perjuangan telah menyebabkan 4 kerusi yg sepatutnya KUBU kuat umno telah roboh dan di kalahkan oleh pihak pembangkang.. sebenarnya pihak Pembangkang sendiri tidak menyangka akan menang di kerusi-kerusi tersebut. faktor penolakan rakyat terhadap UMNO  pada masa itu amatlah kuat.. ini di dorong oleh sikap sesetengah pemimpin yg amat sombong, angkuh dan tidak membantu rakyat. 
  

                                    RAKAMAN UCAPAN DATUK SERI ZAHID HAMIDI

Pihak Umno Bahagian Gombak hendaklah bersatu pada bersama semua sayap bagi memgerakkan program agar di lihat sebagai satu keluarga yg akrab dan seterusnya menimbulkan keyakinan kepada semua pengundi untuk membuat pilihan yg tepat.

Faktor memberikan muka kepada orang-orang baru di Umno Bahagian Gombak jugak adalah satu faktor yg membuatkan Ahli Umno sendiri berkecil hati. Puak-puak di kalangan ahli sendiri terjadi secara spontan kerana kecenderungan pada Pemimpin menonjolkan Lina-up mereka. terdapat jugak pelapis-pelapis yg sedang di bentuk oleh mereka-mereka yg berkepentingan bagi menyusun orang-orang mereka di dalam barisan pengurusan Umno Bahagian dan Sayap-sayap. 

Walau Bagaimana Pun Iklim Politik di Umno Bahagian Gombak Semakin baik dan terdapat tanda-tanda yg semua pimpinan akan bertaut kembali sebagai satu keluarga. Semoga semua pihak akan berkeja keras bagi merampas kembali Selangor. Kemenangan besar di peringkat Parlimen amatlah penting sekali bagi menubuhkan kerajaan. kemenangan bergaya amalha di perlukan bagi membolehkan persempanan semula kawasan pilihanraya yg akan mebahagikan Umno Bahagian Gombak kepada 2 bahagian seperti mana yg berlaku pada Umno Bahagian Selayang yg sedikit masa dahulu duduk di bawah Umno Bahagian Gombak. Dengan jumlah cawangan sebanyak 189 amat la besar untuk di uruskan oleh satu bahagian.


Webmaster

.