Monday, January 14, 2013

Kg changkat dalam kenangan


Kampung Changkat Gombak Selangor (10 april 2012)
Kampung Changkat Gombak sebuah kampung yang aman damai dan tenteram.Satu-satunya kampung yang mempunyai sawah di daerah Gombak.Rata-rata penduduknya mempunyai bendang.
 
Sawah menghijau




Keindahan yg damai



Sawah tidak dapat di pisahkan dengan tali airnya yang mengalir ke petak-petak sawah. Airnya yang jernih dan Nyaman  serta menjadi tempat anak-anak bermain air dan tempat mencari ikan-ikan sungai.

Tali Air


Batas-Batas

Air yg Jernih
Begitu Juga Dengan rutin kehidupan penduduknya yag tenang lagi tenteram...  Semuanya tinggal kenangan!!!


Tahun 1979

Permulaan perubahan Kampung Changkat Gombak.
Kemajuanmerubah keadaan asal.Rutin harian penduduk kampong juga turut berubah. Penduduk kampung tidak lagi perlu mengepam atau menimba air dari telaga.

 
Nie la Projek Mega 


Tidak juga perlu menyimpan bekalan minyak tanah untuk kegunaan pelita.Lampu gasoline dan kabaid menjadi hiasan dan mungkin juga generasi kini tidak tahu atau tidak pernah melihat apatah lagi menggunakannya. Begitu juga arang.Tidak perlu membakar arang bagi kegunaan sterika untuk menggosok pakaian. Segalanya telah dipermudahkan.Petik sahaja suis walaupun ia tidak semudah seperti cerita dongeng Aladdin dengan lampu ajaibnya dimana permintaan akan tertunai dengan sekali petik sahaja.Tamatnya era sawah di Kampung Changkat Gombak.Sawah bendang berubah wajah menjadi kebun dan kini ia berubah lagi menjadi penempatan dimana berpuluh-puluh rumah didirikan di atasnya. Penduduk makin bertambah. Datangnya entah dari mana. amat sukar untuk mencari penduduk asal Kg Changkat kerana di setiap ceruk rumah akan terdapat warga-warga yg bukan anak watan kg changkat tetapi telah beranak pinak disini..







Tidak terlepas juga penempatan bagi ternakan ayam dan itik.


Pemuafakatan makin longgar. Warga Kampung Changkat sudah tidak ambil peduli. Tidak peduli akan ketenteraman dan keselesaan tetangganya. setiap aduan akan di pandang sepi..

Macam sungai ke?




Tahun 2000
Di istiharkan sebagai Tahun Millenium. Segalanya lebih mudah dan pantas.Mudah untuk mendapatkan maklumat. Pantas untuk membuat atau mengambil tindakan.Segalanya berada di hujung jari. Projek Kerajaan makin menjadi-jadi. Kampung Changkat tidak terlepas dari salah satu projek Kerajaan.Satu projek Kerajaan telah melintasi Kampung Changkat.Projek yang memakan masa selama empat belas tahun untuk disiapkan.Projek tambatan banjir.

Satu Projek Mega.. 


Projek Tebatan Banjir Kerajaan Persekutuan

3 Kontraktor Buat baru siap!!


Projek tebatan banjir
Tapi sayang ,Kampung Changkat melihat projek yang gah  itu seumpama orang asli di hulu hutan melihat sebuah Proton Saga yang melintas di depan mata mereka.Kehairanan…Tetapi Kampung Changkat tidak menikmati kenikmatan Millenium ini. Kampung Changkat Gombak seolah-olah tidak sedar akan kehadiran Millenium. Penempatan di Kampung Changkat adalah penempatan berselerak. Tidak tersusun. Tidak semua penduduk akan menikmati kemudahan yang di berikan oleh kerajaan.Majlis Perbandaran mula mengenakan cukai pintu keatas setiap penempatan yang di dirikan. Tidak terlepas juga pada penempatan yang telah sedia ada. Denda akan dikenakan , rumah akan di sita. Cukai ini tidak boleh tidak di bayar. Tapi perlaksaannya amatlah mengecewakan.

Sebagai contoh, lori Majlis Perbandaran yang mengangkut sampah di Kampung Changkat hanya melalui jalan “utama” sahaja sedangkan jalan “utama” tersebut adalah kepunyaan individu-individu tertentu. Amatlah menguntungkan kepada tuan-tuan tanah apabila lori-lori Majlis mengangkut sampah dan sisa buangan hanya melalui jalan-jalan tersebut.

Tanah Reserved ke ni?




Rumah Depan boleh la buang kat depan rumah


Bagaimana dengan penduduk-penduduk yang rumah mereka terletak di belakang atau bersempadan dengan tuan-tuan tanah di  jalan “utama” ini. Bagaimanakah caranya mereka membuang atau melupuskan sampah..??



 Tahun 2012
Ini bererti tahun Millenium telah dua belas tahun berlalu.Begitu jugalah perihalnya tali air. Tali air juga tidak terlepas dari mengikut perubahan kemajuan.Tali air telah berubah menjadi parit.


Cuma parit tidak mengikut perubahan kemajuan. Parit masih megah dengan paritnya.   Mengalirkan air-air kotoran dari rumah-rumah penduduk. Airnya yang mengalir kini juga turut berubah menjadi kotor, busuk dan jijik.


Tiada Penyelengaraan Dari Majlis Perbandaran Selayang ataupun dari Kontraktor yg di lantik
Longkang ke ni?

Pemandangan di Kampung Changkat Gombak yang indah permai  suatu ketika dahulu telah dicemari dengan pemandangan sampah sarap yang berselerakkan.
Suka hati je buang
Udaranya yang dulu nyaman kini di cemari dengan bau busuk lagi meloyakan. Mungkin ia akan berterusan ke tahun 2020. Kampung Changkat Gombak hanya memakan masa sepuluh minit perjalanan ke ibu kota Kuala Lumpur. Tidak sewajarnya  Kampung Changkat ketinggalan di dalam arus perubahan kemajuan semasa. pihak yg berwajib patut melihat akan pembangunan di sini..

Mana Kontraktor ni?

Apakah Kampung Changkat tidak mempunyai pentadbirannya seperti :
Ketua Cawangan
Ketua Kampung
Ketua Pemuda
Ketua Belia
Ketua Wanita
Ketua Puteri
Jika ada….
Dimanakah mereka ini….???

TAHUN 70 'AN
Dulu Bendang

 TAHUN 2012 
Sekarang Jadi kandang?



 TAHUN 70'AN
Elok je rupanya

 TAHUN 2012
Kat KL ke ni?

TAHUN 70'AN 
Nie la tali air


TAHUN 2012
Longkang ?

Limpahan warga asing yang di beri perlindungan oleh penduduk tempatan perlu di beri perhatian oleh pihak berwajib.. Kerana tamakkan wang banyak penduduk yg menjual sebahagian dari tanah mereka untuk di buat penempatan oleh warga asing yg akhirmya membuatkan penempatan perumahan di situ telah menjadi seperti kampung-kampung di Jakarta . Mereka menggunakan segala ruang tanah yg mereka beli tanpa memberikan laluan untuk saliran serta jalan akses.. terlampau banyak kes-kes yg mana mereka ini tidak memberikan kebenaran bagi kerja-kerja menaik taraf longkang serta parit kerana termasuk di dalam tanah mereka. 

Elok lah sekiranya pihak yg berkenaan serta pemimpin setempat mengambil berat hal di kampung changkat ini... ramai warga asing di daerah gombak di fahamkan mempunyai kad pengenalan Merah (penduduk Tetap) sedangkan ada di antara mereka cakap melayu malaysia pun tak boleh seolah mereka baru sampai.. 

Ramai juga warga asing yg bertaraf penduduk tetap di berikan jawatan serta di benarkan menganggotai Parti-Parti politik sedangkan mereka tidak boleh berbuat demikian.. nasib tak baik mengundi pun boleh...


warga perihatin....



Tuesday, July 24, 2012

SEPETANG BERSAMA PESARA KERAJAAN PARLIMEN GOMBAK

Tanggal 18 Julai yg lalu telah berlangsung satu majlis hi-tea bersama pesara kerajaan parlimen gombak yg di anjurkan oleh Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan Malaysia yg di ketuai oleh penyelaras program Dato'Mohamad Bin Md.Yasin bekas TKSU Kementerian Dalam Negeri dan Tan Sri Aseh Che Mat selaki Presiden Kelab peringkat Kebangsaan. Program ini telah di rasmikan oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob selaku Naib Presiden Kelab. Program ini di buat dengan kerjasama Umno Bahagian Gombak dan di bantu oleh Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur dan selangor yg bekerja di belakang tabir bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan kuat dari Tuan Haji Rahim Bin Kamarudin selaku Ketua Umno Bahagian Gombak yg secara aggresif mencari dan menjemput para-para pesara yg duduk dan mengundi di parlimen gombak khasnya. 

Pihak yg terlibat


Sambutan dari pesara amat lah mengalakkan sekali. Program anjuran Kelab Umno pesara-pesara kanan kerajaan malaysia ini sebenarnya telah di adakan di seluruh malaysia menggunakan penyelaras-penyelaras yg telah di lantik di semua parlimen. ramai di anttara pesara yg telah terputus hubungan dengan rakan taulan mereka semasa bertugas dulu telah berjumpa di program ini yg serba sedikit menwujudkan suasana kekeluargaan di antara peserta dan yg paling menyentuh perasaan apa bila terdapat di antara mereka yg telah tidak berjumpa hampir 20 tahun . rata-rata menncadangkan agar program bagi pesara ini di buat selalu agar hubungan ukuwah di antara mereka.

yang lebih menarik adalah input bagi program ini telah di sampaikan oleh let.Jeneral Datuk Seri Zaini bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yg bertanggung jawab berkenaan insiden al-maunah di Gerik sedikit masa dahulu. beliau menceriatakan pengalaman dan kebimbangan akan penularan doktrin luar yg cuba memecah belahkan orang melayu demi kuasa di malaysia. Dr Hasan Mat yg di jemput sebagai panel juga adalah di antara mereka yg begitu kuat berjuang demi kepentingan melayu di bawah Majlis Perundingan Melayu yg di anggotai oleh banyak NGO-NGO melayu.


Penerangan dan maklumat serta seba sedikit bahan yg di bekalkan oleh pihak JASA serta Biro Penerangan Umno Malaysia dapat memberikan maklumat yg tepat kepada para pesara-pesara yg rata-rata jarang menggunakan internet sebagai medium mendapatkan maklumat. mereka juga berpendapat majlis ini juga telah berjaya menjawab beberapa persoalan yg terdapat di fikiran mereka serta serangan yg di buat oleh pihak pembangkang melalui wakil-wakil (troopers) mereka yg banyak terdapat di dalam masyarakat hari ini. cerita-cerita kedai kopi serta cerita-cerita di anjung surau sedikit sebanyak telah masuk kedalam fikiran mereka ini.

Tahniah di ucapkan kepada KELAB UMNO PESARA-PESARA KANAN KERAJAAN MALAYSIA DAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK yg berjaya menganjurkan satu program yg begitu bermanafaat kepada penduduk parlimen gombak serta sebagai satu tanda aras bahawa rakyat masih lagi bersama Kerajaan.


Seluruh Jentera Program 
 
p.s.  Ramai yg mintak di buat majlis berbuka puasa... siapa boleh sponsor??