Thursday, November 17, 2011

Apa jadi dengan program 6P?

6P adalah satu usaha pihak Kerajaan bagi menangani  lambakan pendatang asing tanpa izin dimalayasia. Ia merangkumi  6 proses iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran. seramai 2,320,034 pekerja asing dan PATI yang telah membuat  pendaftaran. Jumlah ini meliputi seramai 1,016,908  pekerja asing sah (tidak  termasuk pembantu rumah yang dikecualikan) dan seramai 1,303,126 PATI. Program 6P telah berakhir pada 31 Ogos 2011 yg lalu. Sehingga kini belum ada kata putus berkenaan proses pemutihan melalui syarikat pengurus yg di lantik. Hampir lebih 70% pendaftaran PATI datang melalui syarikat pengurus yg berkerja keras untuk mendaftarkan pendatang tanpa izin ini.

Lebih 300 syarikat pegurus (SP) telah di lantik pada peringkat awal dan setiap syarikat di kehendaki menyewa sebanyak 10 set Biometrik yg berharga RM 15,000 setiap satu. Syarikat pengurus terpaksa membayar sebanyak RM 150,000 untuk menjadi syarikat yg di lantik. NERS telah di lantik untuk membekalkan system biometrik terbabit yg telah Berjaya mengutip sebanyak  lebih kurang RM45 Juta deposit dari syarikat pengurus(SP). Oleh kerana ini adalah satu peluang untuk membuat sedikit wang maka byk lah syarikat yg terpaksa meminjam merata-rata dan dari berbagai bagai cara untuk mendapatkan dana bagi membayar deposit yg ditetapkan. Kebanyakkan nya adalah syarikat Outsourcing dan syarikat-syarikat pengurusan lain.

Pada peringkat awal segalanya berjalan dengan lancar dan syarikat pengurus melantik ramai agen-agen bagi membawa PATI untuk didaftarkan. Syarikat Outsourcing yg mempunyai kontrak tidak mempunyai byk masaalah untuk mendapatkan PATI kerana pelanggan yg sedia ada yg menggunakan PATI tampil dengan sendirinya bagi memutihkan PATI mereka.  Rata-rata syarikat mengenakan charge sebanyak RM 350 untuk proses pendaftaran yg mana syarikat akan mengambil sebanyak 150 dan 200 akan di berikan kepada agen yg membawa PATI sebagai komisen. Tanpa kerjasama dari agen agen kecil ini tak mungkin syarikat pengurus ini dapat mencari PATI yg sememangnya menyorok dari di tangkap dan hanya agen agen kecil ini yg mempunyai akses pada mereka. Maka keluar lah mereka beramai-ramai dan dengan bangga nya membawa slip pendaftaran tersebut seolah-olah slip itu ibarat permit kerja.Kenyataan akhbar yg di buat oleh Timbalan Menteri KDN menambahkan keyakinan semua pihak akan ketelusan program ini. Terdapat juga syarikat yg mengambil deposit dari PATI sebanyak RM 900 bagi mendapatkan permit kerja yg sah. 350 sebagai pendaftaran dan 550 sebagai bayaran pengurusan dokumen majikan yg terdiri dari pendaftaran dengan Jobsmalaysia dan menyiapkan borang permohonan.  Dengan modal yg banyak yg perlu dikeluarkan dan terpaksa membuka pejabat sehingga malam bagi member peluang pada PATI yg bekerja sehingga malam untuk mendaftar. Seluruh Negara di meriahkan dengan pesta pendaftaran besar-besaran. Di mana-mana terdapat kaunter pendaftaran dan iklan iklan yg terdapat di mana-mana. Bersemangat sungguh syarikat-syarikat pengurus ini . dengan kadar 150 setiap seorang , syarikat mensasarkan 1000 org perlu di daftarkan untuk pulang modal..


Tak sampai seminggu berpesta dengan PATI , TKSU KDN membuat kenyataan bahawa syarikat tidak di benarkan untuk mengenakan bayaran lebih dari RM 35.. adakah TKSU lebih tinggi pangkat dari Timbalan Menteri? Kerana kenyataan tersebut telah membuatkan banyak syarikat pengurus menghentikan proses pendaftaran dan pihak KDN seolah-olah telah menanguk di air keroh dengan mempelawa syarikat untuk membuat proses pendaftaran di pejabat imigresen seluruh Negara dengan percuma. Kalau boleh buat kenapa lah melantik syarikat pengurus?  Ekoran dari itu byk lah syarikat pengurus menghadapi masaalah dengan agen-agen kecil yg menuduh syarikat pengurus makan duit dan berbagai-bagai tuduhan lain. Byk lapuran polis telah di buat oleh agen/majikan berkenaan bahawa syarikat pengurus makan duit , menipu dan berbagai-bagai tuduhan lagi. Perkara ini amat mengecewakan ramai pihak dan telah membuatkan syarikat pengurus ini dilanda masaalah yg tak tau ada jalan keluar atau tidak. Byk juga syarikat pengurus yg telah membayar kembali wang yg di bayar oleh PATI. Tetapi syarikat hanya mengambil RM 150 sahaja. Agen-agen di beri komisen sebanyak RM200. Rata-rata agen adalah mereka-mereka yg tidak mempunyai pekerjaan yg tetap atau lebih tepat lagi adalah mereka yg biasanya menjadi runner untuk berurusan di pejabat kerajaan. Wang komisen biasanya telah di belanjakan dan apabila terpaksa di pulangkan semula telah menjadikan ia satu masaalah besar pada mereka ini dan menjadikan mereka begitu tertekan sekali.  Dimana lah mereka hendak cari duit ?? ini adalah kesilapan besar pihak KDN yg tidak melihat perkara ini secara professional   yg telah mengakibatkan ramai yg terbelengu dengan masaalah ini. Hanya satu jalan keluar bagi perkara ini dengan meluluskan kesemua PATI yg telah didaftarkan dan membuat susulan selepas habis program 6P ini. Dengan cara ini semua pihak akan berpuas hati dan tiada pihak yg teraniaya..

Belum habis isu pemutihan timbul pula isu bahawa semua pendaftaran perlu di Key-in semula didalam system yg lain pula. System biometrik telah di pulangkan dan semua wang deposit telah di bayar semula . Ini telah menambah beban kerja syarikat pengurus yg rata-rata tidak mendapat keuntungan dari kerja-kerja pendaftaran ini. Kos operasi agak tinggi bagi menjayakan proses pendaftaran. Beberapa siri perjumpaan antara syarikat pengurus dan KSU KDN telah di lakukan , tetapi masih belum ada kepastian.  Mohon Menteri KDN melihat perkara ini dengan lebih teliti agar tidak backfire kepada kerajaan. Pihak imigresen tiada kuasa dlm hal nie dan terpaksa melayan persoalan-persoalan dan keluhan setiap hari sedangkan mereka hanya lah agensi pelaksana sedangkan KDN adalah pengubal dasar..

Datuk Seri Saya Mohon Mencadangkan (ayat dlm parlimen)

p.s. Gombak mempunyai banyak PATI dan ramai agen-agen di sini….  




 kenyataan media Menteri KDN