Maklumat Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpursebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang.
Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :
1.    Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
2.    Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
3.    Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
4.    Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
5.    Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :
§  Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara
§  Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan
§  Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat
§  Daerah Petaling di sebelah Barat Daya
§  Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.
Mukabumi
Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit- bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang danSungai Batu.
Pentadbiran
Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1Pegawai Daerah, 5 orang penghulu dan 1 pegawai kemajuan kampung baru. Terdapat 50 buah kampung di daerah Gombak ini, ia terdiri daripada 19 buah Kampung Tradisional, 26 buah Kampung Penempatan(14 Melayu dan 12 Penempatan) dan 5 buah Kampung Cina.
Sempadan Parlimen dan DUN di Daerah Gombak
Parlimen
Terdapat dua Parlimen di daerah Gombak:
§  P98 Gombak
Dewan Undangan Negeri
Tempat menarik
1.    Batu Caves
Sekolah Menengah
6.    Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang (SMK Hulu Kelang)
Sekolah Rendah
Pautan luar